1:34 AM
0
Beza antara Virus, Trojan, Malware dan Worms Beza antara Virus, Trojan, Malware dan Worms
Beza antara Virus, Trojan, Malware dan Worms

Kita selalu dengar 4 istilah ni. Tapi mesti ada sesetengah orang yang masih belum dapat membezakan lagi apa beza empat2 istilah ni. Jom kita check.

Apa itu Malware?
Sebenarnya Malware adalah singkatan untuk malicious software, istilah untuk describe keempat empat istilah di atas.

Virus
Virus akan merosakkan atau mengkucar kacirkan komputer korang. Selalunya virus akan menyalin diri dia sendiri (copy itself) kepada banyak salinan dan akan berada di banyak lokasi dalam komputer. Kadang2 korang rasa korang dah delete tapi bila bukak folder lain ada lagi virus tu.

Virus selalunya berada dalam format executable files atau .exe, ini ialah format aplikasi yang mana kalau korang tekan dia akan trigger atau mulakan sesuatu proses. Proses apa? Macam-macam. Orang yang buat virus ni dia ada macam-macam niat. Ada virus yang dibuat untuk delete fail-fail penting macam fail-fail kerja korang yang MS Word, MS Excel tu. Ada yang lagi teruk sampai dia duduk dalam MBR atau Master Boot Record yang mana kalau dia dah duduk kat situ korang akan ada masalah nak start komputer. Senang cakap virus ni kalau tak rosakkan komputer akan kucar kacir kan PC korang.

Spyware
Nama pun spy. Spyware ini selalunya fungsi dia ada satu je. CURI MAKLUMAT.
Dia takkan buat PC korang rosak, bahkan kebanyakan orang tak perasan pun PC diorang ada spyware. Tapi pada aku Spyware ni lagi bahaya! Sebab apa? Sebab dia curi maklumat la. Korang bayangkan, bila korang nk login ke Maybank2U ke, CIMBClicks ke, Paypal ke, email ke, Spyware ni akan curi korang punya username dan password dan akan hantar ke satu lokasi atau seseorang secara rahsia. Lebih menakutkan lagi kalau dia curi maklumat kad kredit. Adoi! Tau2 je dalam statement ada caj untuk kad kita. Tapi rasanya sekarang semua bank akan buat pengesahan secara pantas sebaik je transaksi dibuat. Lagi satu, jangan terlalu senang nk install toolbar kat browser korang tu. Banyak sangat toolbar, kalau yang dipercayai macam dari Google dan Yahoo tu takpe, tapi ni banyak sangat sebab ada kemungkinan toolbar tu adalah spyware.

Scareware
Apa pulak Scareware? Ada perkataan scare kat situ, maknanya takut. Program yang dicipta untuk menakutkan pengguna PC seterusnya menipu pengguna PC. Menipu macam mana tu? Korang penah tak tengah guna PC tetiba dapat popup yang PC korang macam ada banyak sangat virus mcm dalam gambar kat atas ni? Yang realnya, popup tu sangatlah meyakinkan seolah-olah popup tu dari software antivirus dalam PC korang. Untuk yang ada pengetahuan IT mungkin akan dapat kesan yang tu ialah false alarm atau popup tipu tapi untuk yang tak celik IT mesti akan percaya atau lagi teruk panik! Jadi yang tak tau tu terus la ikut apa je yang popup tu suruh buat. Klik la Next ke klik sini la situ la sampai la last sekali tiba2 bukak satu website yang jual software antivirus! So kat sini mana yang tertipu akan beli software tu, bila dah beli install popup tu pun hilang.

Apa yang terjadi sebenarnya bila korang beli software kat website tu tadi, ada pihak yang akan dapat komisen dari jualan software tu tadi siapa? Mestilah pencipta scareware atau pencipta popup tu tadi. Ini adalah cara bijak+tipu+pantas untuk mendapatkan komisen.

Trojan Horse
Apa pulak Trojan Horse ni? Bukan, bukan kuda berambut trojan. Trojan Horse ni dia program yang konon konon beroperasi secara betul dalam PC tapi sebenarnya dalam diam dia membuat backdoor! Apa itu backdoor? Backdoor ni dia mcm satu pintu rahsia la, atau akses rahsia yang membolehkan PC korang di kawal oleh seseorang dari mana2 tempat secara rahsia. Bila PC dah dapat dikawal, maknanya akan terjadi lah tiba tiba DVD drive tu terbukak sendiri la, tiba-tiba mouse klik sendiri, fail semua macam kena delete. Lebih kurang macam tu la.

Worms
Worms pulak selalunya MESTI menggunakan network atau rangkaian. Selalu macam kat opis tu la. Bila dari satu PC, dia akan cari akses ke network dan akan pergi ke PC lain macam tu la sampai seberapa banyak PC yang boleh. Dia jugak merebak melalui email. Ada orang yang suka forward email ada attachment tu kan, worms suka tumpang dalam email macam tu. Selalu kesan dia, dia akan sesak kan rangkaian korang, speed internet kat pejabat tu dan macam2 lagi. Kalau korang ingat ada satu tahun yang ada banyak email dgn attachment ILOVEYOU tu, tu adalah contoh worm yang merebak satu dunia.

Macam mana nak elak?
Pada pendapat aku, memang ramai orang suka guna kan software murah atau pirate tapi untuk perlindungan, pakai lah software antivirus yang original. Kalau tak mampu, masih ada lagi penyelesaian percuma macam AVG Free Edition tu, yang penting dapatkan perlindungan. Sekarang ni pun antivirus dah tak mahal sangat pun. Seratus lebih dah dapat macam Kaspersky tu. Kalau tak beli pn duit tu nanti korang abiskan beli benda lain kan, mungkin rasa sayang nak beli tapi bila data penting dah ilang nilai tu sebenarnya kecik je. Untuk pelindungan malware cuba gunakan kombinasi MalwareBytes dengan SuperAntiSpyware

0 comments:

Post a Comment