Ramai
antara kita yang kurang memahami serangan tanpa diduga yang ditujukan
kepada sistem komputer. Akibatnya, semua masalah yang berlaku dilabel
sebagai virus semata-mata. Walhal, tanggapan sebegitu kurang tepat.
Istilah-istilah
yang dicipta mewakili serangan dan masalah yang dihadapi oleh pengguna
komputer. Memahami dengan tepat istilah virus, tojan, worm dan lain-lain
lagi yang seumpama dengannya dapat membantu saudara mengambil langkah
proaktif untuk tujuan pencegahan.
Kali ini Teknomasi menulis secara ringkas dan mudah difahami untuk merekayasakan ilmu TMK kepada pembaca.
Konsep
|
Fungsi
|
Implikasi
| |
Malware
| Perisian yang berniat jahat. Singkatan kepada malicious software. Juga merujuk kepada virus dan trojan secara umum. | Memanipulasi sistem komputer | Kerosakan sistem komputer dan berlaku kecurian maklumat |
Virus
| Menjangkiti komputer dengan cara menyalin sendiri | Menyerang dan mengubah akhiran fail seperti .exe, .doc | Musnah dan rosakkan fail |
Spyware
| Perisian kurang dikenali dan diragui dipasang dalam komputer. | Mengumpul maklumat tanpa disedari dan menghantarnya kepada pencipta perisian seperti kata laluan, tabiat carian di internet, menukar laman utama atau carian di pelayar internet, menambah menu kerja yang menjengkelkan pada pelayar dan nombor kad kredit | Duit hilang, komputer perlahan |
Scareware
| Menakut-nakutkan pengguna. Hal ini berlaku apabila popup timbul semasa melayari internet dan memberitahu komputer telah dijangkiti ratusan virus. | Memeras ugut wang pengguna dengan cara tertentu | Pemberitahuan yang mengarut seringkali timbul. |
Trojan
| Aplikasi yang dilihat seperti tidak berbahaya tetapi mengandungi kod rahsia tertentu untuk melakukan sesuatu. | Memasang laluan masuk komputer dari belakang (backdoor) | Serangan terhadap laman sesawang, penghantaran spam dan proksi pelayan |
Worm
| Penyebaran menerusi jaringan internet | Mengganggu sistem komputer | Tiada tumpuan serangan, bergantung kepada nama dan pencipta worm |
0 comments:
Post a Comment